Wednesday, September 12, 2012

Salmon Steak untuk suami tersayang


Pagi semalam, tetiba je my hubby call dan inform yang dia balik rumah awal (selalunya lepas isyak baru le si Faiz ni sampai rumah) dan dia nak makan salmon steak… sepanjang 7 tahun bergelar isteri,  ni le first time faiz minta aku buat salmon steak…confius gak aku..

Jadi, waktu lunch break, aku pun lari ke Jusco depan ofis untuk cari ikan salmon.. mak oit, mahalnyer!!! Aku baru amik 2 slice nipis, harga dah nak cecah dua puluh ringgit.... mmm, patut ler harga salmon steak mahalkan…

Sampai je rumah petang tu, aku terus masuk dapur… Aku minta Bibik bawa Yana keluar sebab Yana asyik merengek minta aku susukan dia..  Lebih kurang 45 minit kat dapur, hidangan salmon steak dah siap atas meja untuk dijamah… Alhamdulillah my hubby suka dan makan licin…(lupa nak ambil gambar pinggan kosong..hehe)

Salmon steak dihidang bersama teh O lemon suam (dalam mangkuk hijau tu, sos tambahan kot-kot faiz nak sos lebih)

Bahan-bahan untuk hidangan atas pinggan
  •  Kepingan ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Brokoli
  • Tomato 
  • Lobak merah
  • Daun salad
Cara-cara
  • Ratakan ikan dengan sedikit garam dan lada hitam. Biarkan selama satu jam untuk pastikan ikan sebati dengan gram dan lada hitam. (tapi aku tak tunggu sejam pun sbb nak cepat..hehe)
  • Grill ikan dengan minyak zaitun sehingga masak.
  • Grill tomato (grill sekejap je sebab tomato jadi lembik kalau grill lama).
  • Celurkan brokoli dan lobak merah.
  • Kesemua item yang telah dimasak dihidang di atas pinggan bersama daaun salad segar.

Bahan-bahan untuk sos:
  •  2 sudu besar mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil mixed herb kering
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
Cara-cara:  
  • Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
  •  Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
  • Masukkan susu segar, mixed herb, lada hitam dan garam.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Matikan api dan tuang sos diatas hidangan ikan yang telah disediakan. Boleh perahkan sedikit lemon atas ikan untuk lebih rasa..

Selamat mencuba .....

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.