Tuesday, October 30, 2012

Aidiladha di kampung halaman..

Raya Aidiladha tahun ni disambut di Parit Buntar Perak. Utk elakkan stuck in jam, kitorang bertolak pukul 4 pagi hari raya dan selamat sampai di kampung halaman pukul 10 pagi. Lepas mandi, semua anak-anak siap berbaju raya...Tapi, bila berganjak waktu zohor, baju kurung Yana dah hilang dek kotor dengan hidangan raya...

Lepas asar, kitorang bergerak ke rumah maktih dan makdak di Parit 310. Rumah maktih ni adalah rumah peninggalan arwah nenek... yang mana zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di rumah nenek...

Bukan main happy anak-anak masuk kampung..Bibik pun seronok semacam je... Aku sempat snap a few pictures masa kitorang jalan kaki dari rumah makdak ke rumah maktih...Amar takde dalam gambar sebab dia ikut Pakjangnya naik motor..Abahnya plak sibuk berborak sampai tak ingat nak balik...

Ni adalah gambar jalan dari rumah maktih ke rumah makdak... berjiran je...parit kat sebelah kanan Yana (kat sini parit macam ni lebih dikenali sebagai 'palong') merupakan  tempat aku mandi masa kecik-kecik dulu... rumah kat belakang tu adalah rumah makdak... time ni, pokok padi masih kecik..so, nampak hijau je..

Meera sempat berposing

Tak puas lagi si Meera ni berposing..

Yana yang tgh excited tgk air dalam parit..

sempat lagi diorang mengutip batu kat tgh jalan tu..

seronok tgk anak2 happy..

Penat mengejar Yana yang asyik mengacah nak masuk dalam parit

cantik view di kampung ni..

karenah anak-anak kesayangan..

Sunday, October 28, 2012

Santai di Alamanda


Tujuan sebenar gi Alamanada ni sbb nak terminate Maxis broadband je…tapi, alang-alang dah sampai sini, kami ambil peluang yang ada ni untuk meluangkan masa bersama anak-anak…  macam biasa amar mesti request main game kat ground level area bowling (aku dah lupa nama pusat game tu).. aku lak bawa si Yana jalan-jalan kat area luar alamanda tengok air pancut…












Seronok tgk anak-anak happy… dan aku pasti, aku akan rindukan saat-saat ini bila masa berganjak kelak.. Dan sebab itulah, aku potretkan gambar-gambar ni dalam post ni supaya suatu hari nanti, aku, faiz dan anak-anak boleh mengimbau semula kenangan-kenangan ni  kelak…

Main hujan..(21.10.2012)

Macam biasa, cuti hari Ahad dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga… Tapi, disebabkan hujan yang lebat sejak lepas zohor, maka takde aktiviti yang nak dibuat… Amar terus mengadap android tab dia….

Tetiba je, aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.. Pantang hari hujan, mesti aku amik peluang mandi hujan.. walaupun cuping telinga aku dah panas dek asyik kena piat dgn mak, tapi aku tak pernah serik nak mandi hujan… bagi aku, kepuasan main hujan lebih berbaloi berbanding sakit kena piat.. hehehe..  Ampun mak atas kenakalan anakandamu ini…

Teringat kenangan tu, aku tersenyum je… dan tetiba otak aku ligat memikirkan sesuatu..hehehe.. aku terus tanya amar:

Mama: Amar nak main hujan tak?
Amar: Taknak lah, nanti demam..
Mama: Nanti mama bagi le amar makan ubat..best tau mandi hujan..
Amar: macam mana mama tahu best?
Mama: kecik-kecik dulu mama suka mandi hujan..seronok tau..
Amar: ye ke mama..amar nak mandi le..
Mama: Jom, kita tanya abah boleh tak mandi hujan (sambil tersengih sebab percubaan dah berjaya)

So, after berdiskusi dengan si Abah..maka, inilah hasilnya…

First time,amar main hujan!!!!





Yana pun join gak..tapi, kejap je sebab dia tak tahan sejuk …air hujan tu memang sejuk!!!! Mama tak sempat pun nak snap gambar Yana... Mama pun join sekali tapi tak amik gambar le sebab ...hehe..bahaya! Meera tak nak join sebab dia masih trauma dengan air disebabkan kes lemas di kolam renang yang lalu     

Sebenarnya, tujuan mama just nak bagi anak-anak rasa keindahan zaman kanak-kanak yang pernah mama dan abah nikmati dulu…

Wednesday, October 24, 2012

Memori di kolam renang

Ishhh…berdebar jantung aku bila teringat hal ni…kalau boleh diputarkan masa, aku akan pastikan hal ni takkan terjadi dalam sejarah..namun, tak semua yang dirancang berjalan mengikut kehendak kita…
 
Alkisahnya bermula apabila  aku terlibat dengan discussion bersama pengusaha TASKA Dual Permataku, Puan Azura berikutan cadangan penubuhan taska di SAINS on last 5.10.2012. Puan Azura ada story mengenai kelebihan anak di TASKA berbanding anak yang dijaga di rumah.. antaranya anak di TASKA lebih terdedah kepada kemahiran aktiviti luar yang boleh membantu perkembangan minda mereka..

Memikirkan yang anak-anak aku ni kurang pendedahan aktiviti luar disebabkan asyik terperuk di rumah dengan bibik, so..esoknya aku decide bawak diorang pegi mandi kolam renang di UKM…Adik aku Ajai yang datang bercuti pun kena angkut sekali ke kolam.. Disebabkan dah ada Ajai dan Bibik utk bantu aku jaga anak-anak, Faiz pun decide nak pegi jogging kat trek UKM lepas drop kitorang kat kolam renang UKM.

Bukan main happy anak-anak bila sampai kat kolam renang..Macam biasa, meera terus terjun masuk kolam dan main air tanpa rasa takut… Yana lak just main air kat tangga tepi kolam. Amar masuk gak dalam kolam, tapi just main dekat2 dgn aku… aku inform bibik minta dia perhatikan meera sebab aku tgh jaga si Yana dan Amar…takut terlepas pandang lak pada si Meera yang ke sana-sini main air..walaupun diorang mandi kat bahagian kolam kanak-kanak, tapi kolam tu ada dua bahagian, satu yang cetek (~0.5m) utk kanak-kanak yang kecil dan satu lagi yang dalam sedikit (~1 meter) utk kanak-kanak yang lebih besar..risau gak kalau si Meera tu terlepas ke kolam yang lebih dalam tu….

 Meera (berbaju hijau) dah tak ingat mama bila masuk kolam...

 Dah puas main air, Meera menyakat Yana dgn simbah air pada Yana yang lepak tepi tangga kolam..

Meera tgh ready untuk buat aksi terjun dalam kolam..

 Lepas kena marah ngan mama, baru Meera duduk lepak ngan adik..

 Tak lama pun, terus Meera terjun dalam kolam balik..

 Amar macam biasa, cool...tak berani pun dia nak gi jauh-jauh..katanya takut jatuh dalam air..

 Meera yang ke sana-sini

 Amar sempat posing..

 Sibuk je amar suruh snap gambar dia..

 Yana main air tepi kolam je..

 Meera pun nak mama snap gambar dia.. (kolam tempat meera berdiri ni cetek je, tapi kolam kat belakang meera tu yang dalam..)

Meera yang cool macam mama..hehe
.
Ajai lak lepak tepi kolam, bawah pokok kelapa sambil melayan perasaan..
 
Lepas 30 minit, aku ajak anak-anak balik.. tapi, meera dan amar cakap nak mandi lagi.. so, aku layan  jelah permintaan diorang.. 

Tgh aku sibuk melayan Yana dan Amar main air, tiba2 bibik tanya aku mana meera? Aku pandang sekilas ke kolam, meera takde!!! Tiba2 aku Nampak baju hijau meera timbul kat area kolam yang dalam tu.. Ya Allah, berderau jantung aku!!! Bibik terus lari terjun ke kolam dalam tu.. aku pun terus terjun.. baru dua langkah dalam kolam, aku teringat Yana kat tepi kolam!! Kalau aku tinggalkan Yana dan Yana ikut aku masuk air..jadi cerita lain lak,… aku terpandang Ajai yang melepak bawah pokok kelapa.. aku terus jerit panggil Ajai minta dia jaga Yana..Ajai terpinga-pinga bila tengok aku dah masuk dalam kolam… Meera dah tenggelam timbul lebih kurang 5 kali bila aku angkat dia dari air…. Ya Allah, hati aku hanya minta Meera selamat je…Sampai kat tepi kolam, Meera batuk2 dan terus muntah… Lepas pastikan dia okay, aku minta bibik bawa dia ke tandas tukar baju dia…

Lepas siapkan Amar dan Yana, aku call Faiz suruh ambil kitorang… lastly, bibik n aku balik dalam keadaaan basah sebab tak bawa baju salin…maklumler, semuanya berlaku di luar perancangan..
Niat asal nak bagi pendedahan pada anak2 bertukar tragedi… tapi yang penting, Meera selamat…bila fikirkan balik, biarle anak-anak  terkurung di rumah..asalkan mereka selamat… Mungkin lepas ni, aku akan buat aktiviti yang lebih selamat kot… Ajai cakap, dia rasa macam dalam drama je bila tengok aku dan bibik terjun dalam kolam dan selamatkan Meera….

Sampai ke hari ni, bila tengok air atau kolam atau tiba-tiba je, meera akan cakap..”Mama, jangan pegi kolam lagi tau..akak takut…” .. Rasa bersalah sangat sebab Meera jadi trauma dengan air….  Dalam getar, aku jawab “Ye sayang, mama ada dengan meera…jangan takut, Mama sayang Meera”. Ya Allah, Ko letakkanlah anak-anakku dalam lindunganMu, sesungguhnya Kau lah yang berkuasa atas segala-galaNya… Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalaNya…

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.