Friday, October 5, 2012

Dinner in JOGOYA, Japanese Buffet Restaurant


Aku tak pernah pun termimpi yang suatu hari nanti aku akan jejak kaki di tempat Jogoya ni.. Bukannya apa, tempat ni maybe kurang sesuai utk aku kot.. hehe, maklumler, bak kata hubby aku, aku ni kampong sikit… tapi, once aku dah sampai tempat ni, kena le sesuaikan diri kan..  Alkisah kenapa aku sampai di Jogoya ni, begini citernya…

Tetiba je satu hari tu, my hubby call dan tanya leh tak kalau aku teman dia dinner di KL..katanya dia ada dinner dgn family Vernon (bos my hubby), and kawan sebusiness diorang. So, memandangkan pada hari kejadian dinner tu, family Faiz ada di rumah, so..aku on je.. Maksudnya anak-anak tak boring ler, diorang boleh main dgn nenek, che long dan Chupie yang dah lama diorang x jumpa (almost 2 months).. lepas rindu le kononnya…
So, after keje, aku terus gi KL.. Sampai kat Starhill Gallery, aku pun merayau sorang-sorang sebab my hubby tak sampai lagi, still stuck in trafficjam… after ofis hour kan, of course le KL jam… sambil merayau, aku cuci mata dengan interior design starhill gallery yang memang cantik…ditambahkan dengan hiasan pokok rumput yang ala-ala pokok padi tu, memang mendamaikan…kelas gitu!!!

Pokok hiasan yang ditanam di sekeliling balkoni mendamaikan lagi suasana

Tengah kusyuk menikmati paronama pemandangan dari balkoni, tetiba seseorang memeluk aku dari belakang. Rupanya my hubby dah sampai. So, kitorang pun ambil lif utk ke floor Relish iaitu level 3... Dan akhirnya, kitorang sampai di depan JOGOYA, Japanese Buffet Restaurant


Pemandangan dari luar 

Decoration yang menyambut tetamu apabila memasuki Jogoya

Dlm kul 7 lebih, semua jemputan (total dlm 20 pax) sampai.. Kitorang diberi dua table besar..

First table utk adults...

 2nd table utk younger generation

so, lepas dapat table, aku n hubby mula memilih menu pembuka selera… mula-mula pening sket sebab makanan tu disusun di lorong-lorong berbeza, banyak pulak lorong tu… atas advise my hubby yang dah pernah makan kat tempat tu, aku ambil dishes Japanese Qusinine dulu. Kata Faiz, makanan Japanese ni cepat muak..so, kalau makan masa perut penuh, takut muntah lak. Disebabkan aku kurang suka sushi, aku belasah salmon je le…hehe…  (teringat yang aku beli salmon kat Jusco almost RM30 just for 2 slice yang nipis je..kalau nak kira jumlah aku makan salmon mlm tu maybe cecah RM50 kot..hahaha). Oyster, crab, udang pun okay gak…memang loya sket sebab tak fully cook, tapi..bila dimakan dengan kicap dan thousand island, sedap beb!!!
Then aku melantak lak makanan –makanan lain..walaupun, pilihan yang ada agak  banyak..tapi, bagi aku yang tekak melayu ni tetap merasakan yang makanan melayu lebih sedap.. apa-apa pun disebabkan makan free, aku tetap enjoy food kat situ..hehehe
Vernon iaitu bos my husband ni jenis yang suka sangat mengambil dan mengorder makanan.. so, kat meja aku tu penuh dgn makanan yang diordernya..(actually, kat Jagoya ni, kita boleh special request / order utk dia masak. Diorang tak masak siap-siap sbb nak makesure makanan tu fresh dan panas-panas. Kita guna clip yang tertulis nombor meja utk diletakkan pada menu yang diorder..lepas siap masak, makanan yang panas-panas dari dapur tu akan dihantar ke meja kita, best kan?) Masalahnya, Vernon ni tak makan banyak..so, dia akan paksa orang lain makan utk menghabiskan makanan yang diordernya.. sampai nak muntah aku makan malam tu…
mmm... aksi spontan..

Posing dari Faiz (aku pun tak faham nape Faiz nak buat posing gitu..)


Pitcure with Ah Ling and Brian, anak bongsu Vernon



Cantik gak interior design kat sini..lokasi ni betul2 tepi meja aku..

Mmm, sibuk sangat melantak sampai aku lupa nak ambik gambar semua dishes yang aku lantak…so, hanya a few pictures je yang sempat aku snap…

Ada provide gas utk masak tomyam or sup...boleh ambil je any seafood/sayur/lauk pauk utk dimakan ala-ala steamboat.. 

Durian cheese cake..sedap giler!!!!

 Durian cheese cake yang dah separuh dilantak oleh aku..hehe
Ada dua jenis aiskrim disediakan di sini iaitu New Zealand aiskrim dan Häagen-Dazs®
... tapi, org kata Haagen dazs x halal yek?

 Aneka buah-buahan

Aneka minuman yang aku teguk.. buah kelapa tu tiga biji tau aku bedal...hehe..
Dlm kul 9 lebih, semua orang dah tersandar sebab mengah kekenyangan…tiba-tiba, diorang keluarkan kek… aduh!!!, rupanya diorang celebrate besday aku n Ahling (wife Vernon) yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu esok hainya (29.9.2012)… Kata Vernon, wife bos besar dan bos kecil celebrate besday sama-sama ma… so, ini le picture kitorang memotong kek…hehehe… nampaknya, aku n ahling dah makin tua setahun…
Kek besday utk aku dan Ah Ling

Ni gambar yang diorang paksa faiz pass strawberry kek dari mulut dia ke mulut aku…disebabkan majority guest mlm tu adalah Chinese (3/4 agaknya…maklumler Vernon kan kawin dengan Chinese, so..family dia pun majority Chinese ler..), so…aku terpaksa le berlagak sporting ikut request diroang..adat melayu kan penuh sopan santun, tak elok aksi romantik gitu-gitu..nak romantik pun, biarlah di rumah or bilik tidur, ye tak?. tapi, diorang tak sempat snap gambar semasa kejadian tu.. hehehe..

Lepas selesai melantak kek besday tu, baru le kitorang berangkat pulang.. Faiz dah lembik, katanya penat sangat.. Actually, dia malas nak join dinner ni.. tapi, disebabkan Vernon paksa atas dasar Faiz pun bos kecik dlm syarikat dan nak celebrate besday wife2 bos, so..dia pun join ler…

Sempat snap jekat luar Jogoya before blah dari situ..hehe..gambar kabur sket sebab photographer tak bertauliah..

On the way balik, aku call rumah..amar yang angkat n tanya nape mama tak balik rumah lagi….hehe, sian anak-anak mama… sebagai denda, amar request funfries McD. So, kitorang singah drive thru  before tol Sg besi..fuhh, malam minggu kan…ramai giler queue nak beli McD… dekat 30 minit gak kitorang queue just nak beli fun fries and mcflurry…aduhhh...disebabkan anak punya hal, kitorang bersabar gak… Sampai rumah dah dekat kul 12 mlm..meera n Yana pun dah tidur.. Amar je setia menunggu kepulangan mama dan abah…terima kasih sayang..
Sebab terlalu keletihan, aku terus menyiapkan diri dan bawa anak-anak naik bilik utk tidur.. Before aku tertidur, Faiz sempat wish..happy besday sayang....pastu, dia turun bawah tengok bola..katanya Liverpool main…mmm, lelaki ni, kalau bab bola gitulah… aku lak, terus melayang ke Jepun, bermimpikan sushi-sushi, salmon, lobster, Japanese cuisine, dim sum dan segala mak nenek di Jogoya.
Untuk besday tahun ni, aku dapat hadiah hand bag dari Faiz..nnt aku update gambar handbag tu di lain entry yek…

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.