Monday, January 7, 2013

Trip to Port Dickson – Day 2


Actually, entry utk post dah lama ditulis, sama time ngan entry Trip to Port Dickson-Day 1. Tapi, aku tak post sbb tunggu satu gambar dari Cikun, gambar kami semua 3 family tepi kolam renang. Tapi, tunggu dek tunggu, gambar tak kunjung tiba...maybe, Cikun pun sibuk ngan keje  sampai lupa nak email gambar tu kat aku.. Takpelah, maybe takde rezeki gambar tu untuk dimasukkan ke entry ni kan...

Anyway, kita sambung story utk Day 2.................

Disebabkan keletihan Day 1, susah giler aku nak kejutkan anak-anak bangun pagi.. Ikut perancangan, pukul 8 dah siap kat tepi pantai…Tapi, biasaler….kul 9 lebih baru le sampai kat pantai…tu pun, kitorang ambil simple breakfast je kat bilik Cikun n Najib..Nescafe n roti kaya je…
Kali ni sesi main pantai memang berbaloi sbb air masih pasang… aku pun ambil kesempatan utk mandi ngan anak-anak. Amar paling enjoy sbb abah melayan dia main air…gambar yang disnap pun tak byk sbb photographer semua main air…hehe…

Amar dok usung itik ni ke hulur hilir

Mama, abah, Amar n Meera

Day 2 ni, Yana lebih suka main pasir..

meera masih fobia dgn air..

Abah tak bosan pujuk anak daranya utk main air..

Akhirnya, boleh le amik gambar kejap dgn abah dlm air..

mama pun nak bergambar ngan abah..hehe

Best main air..

Cikun dan anak daranya..

  Bibik melayan anak-anak main pasir..Ayu pun teman anak sekali..

Dah puas main pantai, kitorang naik lak ke swimming pool…tak lama pun kat swimming pool tu, dalam 1 jam je sbb time checkout dah hampir… atas budi bicara pihak pengurusan, kami dapat check out lewat sket (dlm kul 12.30 tghr).

Disebabkan perut dah berbunyi, kami singgah makan tengahari dulu.. lepas kenyang melantak, kami plan nak singgah muzium tentera darat...baru je keluar dari parking nak masuk jalan utama, kereta dah stuck dlm jam....  nak sampai simpang ke muzium tu patutnya 10 minit je... tapi, lepas sejam stuck dlm jam, kami tak sampai-sampai lagi ke simpang tu... rupanya, ada program kat kem tentera PD tu...

Disebabkan tension sgt dengan jem, kitorang cancell plan dan akhirnya terus gerak balik ke Bangi... anak-anak pun dah tertidur keletihan... walaupun trip ni dibuat secara mengejut, namun aku n faiz puas sebab anak-anak enjoy....

InsyaAllah, semoga next holiday trip akan lebih menggembirakan anak-anak...

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.