Saturday, September 7, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 5: Haiwan2 di Pulau Tioman

Huahuahua..tak habis2 lagi psl Tioman...

Actually entry ni just nak share psl sesuatu yg tak penting pun...hehehe

Kalau korang datang Pulau Tioman, korang kena ready untuk berjumpa dengan beberapa makhluk Allah yang lain di sini selain manuasia. Makhluk bergelar haiwan ye…makhluk lain dr manuasia n haiwan tu aku xnak sentuh ler..huahua

Haa..ni le haiwan yang aku rasa paling banyak kat sini…



Masa aku sampai kat Kg Juara tu, aku dengar bunyi mcm burung tapi pelik sket…bunyi tu dr atas pokok kelapa..mula-mula ingatkan gagak..bila tgk betul2, rupanya kelawar…besar2 and banyak lak tu...boleh dikatakan kat semua pokok ada kelawar bergayut....
mula-mula tu risau gak klu kelawar ni ganggu org..silap2 boleh jadi pontianak lak…tapi, alhamdulillah sepanjang 3 hr and 2 mlm tu, xdelah kelawar tu menganggu kami..Cuma, bising je bila dia nampak kami… maybe dia nak tegur kot n wish welcome…huahuahua…

Haiwan kedua ni mmg banyak di Kampung Juara..terutamanya di Kafe JMR. Bersepah-sepah…sampaikan anak-anak aku tak nak duduk diam kat kerusi msm makan..kerja diorang mengejar kucing-kucing… aduhh, kucing-kucing kampung ni lak jinak-jinak gak.. tapi, bila syik dikejar dan dibelasah dek budak2 ni., diorang pun fobia..nampak je anak-anak aku dtg, habis diorang menyorok…
Actually, ni bukan gambar kucing di Tioman. Gambar ni dr Mr Google...

hehe...aku x ambil pun gambar kucing sepanjang di Tioman..tak terfikir pun nak ambil...tapi, lebih kurang mcm ni ler rupa kucing kat situ..
Aku siap tanya kat En Faiz camner ler kucing byk2 ni boleh sampai di Pulau Tioman..takkan diorang berenang merentasi laut cina selatan kot..hehe...bengong kan..mesti ler ada org bawa diorang kan..huahua...

Binantang lain yg aku byk kali nampak adalah biawak…besar2 lak tu..Nana panggil buaya..hihi

Dlm 10 ekor biawak gak yg aku nampak/bertembung sepanjang 3 hr kat Tioman..consider banyak le tu..

Binatang2 lain yg aku jumpa....
- penyu (mcm yg aku story kat episode 3)
Joe, si penyu buta...balik rumah, meera n amar asyik tanya psl Joe. Nape Joe buta? Berapa umur Joe? Mana mama Joe? ...aduhhh..mana ler mama tahu...pening mama nak fikir jawapan...

- tupai

Ni antara gambar tupai yg dpt disnap oleh En Najib...

dan mcm kat kampung-kampung lain, kita boleh nampak binatang2 ternakan yang lain mcm ayam, burung and etc. di Kampung Juara ni.... 

Hehe..dah, tu jer...nak tengok haiwan lain, pegi zoo negara yek..:)

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.