mmm…dah lama tak buat entry kan. Blog ni hampir hari2 aku jengah utk view and baca entry blogger 2 yg lain. Tapi, mood utk menaip tu
langsung xde… maybe sbb sibuk sket akhir2 ni kot..
maklumler, tahun 2014 ni anakanda amar farouq
dah masuk sekolah rendah. So, macam2 yg nak diuruskan…sampai kadang2 tu rasa cam
sesak nafas je masa nak adapt dgn situasi baru tu…tapi, Alhamdulillah, lepas 3
minggu sesi persekolahan, semuanya makin berjalan lancar..aku yang kalut lebih
kot.. perangai org pompuan kan… hehe..
Dari segi wish 2013 lak, Alhamdulillah sbb
impian aku untuk memiliki rumah sendiri berjaya gak walaupun sipi-sipi
je..kitorang mula proses pembelian rumah pada Disember 2012 dgn expectation mid
year 2013 akan selesai..tapi, rupanya banyak lak isu yg timbul untuk pembelian
rumah sub-sale ni…walaupun banyak isu yg timbul, tapi Alhamdulillah rumah tu berjaya
jadi milik aku and suami on 2.1.2014. sekarang pening nak renovate lak sbb duit tak cukup lagi..huhuhu...ada yang murah hati nak sponsor sket? hehehe...
Semoga kehidupan
kita di tahun 2014 ni lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah..dan impian aku sama
je, semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik, seorang anak yang lebih
baik, seorang isteri yang lebih baik, seorang ibu yang lebih baik, seorang
pekerja yang lebih baik, seorang kawan yang lebih baik dan seorang insan yang
lebih baik..Amin....
Gambar naik beca di Banda Hilir Melaka masa cuti Chinese New Year yang lalu (31.1.2014). Kalau rajin, nanti aku citer pasal trip ke melaka yek...:)