Sunday, May 22, 2016

Satu hari di Cameron Highlands.. sambut besday My Hubby

Lepas setel kenduri adik aku di Bandar Seri Iskandar bulan lepas, aku tak terus balik KL. Kitorang lepak dulu kat homestay D'Usrati milik abang aku. Homestay ni terletak betul-betul dekat area RTC Gopeng. Memang puas hati menginap kat homestay ni kalau korang nak bercuti area Gopeng/Simpang Pulai/Ipoh. (Sempat lagi promote..hehe)..

Esoknya, pukul 8 pagi kami keluar dan terus ke rumah abang aku yang terletak tak jauh dari Exit Tol Simpang Pulai. Lepas serah kunci, kami terus gerak naik ke Cameron Highlands guna jalan Simpang Pulai.

Disebabkan masa tak banyak, kami hanya singgah ladang teh Cameron Valley, Lavender Garden, Big Red Strawberry Farm dan Ladang teh Cameron Bharat. Pastu, kami terus turun lalu jalan Tapah.. Sampai Bangi dah pukul 9 malam. Pengsan terusss..huhu

Destinasi 1 - Ladang Teh Cameron Valley.
Cameron Valley ni terletak sebelum sampai Tringkap. Masa kitorang sampai ni, awal lagi dalam pukul 10 pagi. so, tak ramai orang ler..







Destinasi ke 2 - Lavender Garden

Lavender Garden ni terletak tak jauh dari Cameron Valley tadi. Sekiranya dari Simpang Pulai, lokasi Lavender Garden ni terletak sebelum Tringkap.

Dari jauh boleh nampak logo besar Lavender Garden tu

Zoom dekat sikit. Yang beratap putih tu hingga ke atas bukit tu semuanya Lavender Garden. Walaupun berbukit, tapi laluan dia agak selesa untuk didaki 



Kaunter bayaran. Dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Sila abaikan model tu yer )-

Masuk dari bawah tu. Ni kat bahagian atas first level.. 

Mama nak gak bergambar dgn anak2

Berjaya gak muatkan semua walaupum yana nampak muka je..hihi. Maklumler takde monopod,...hmmm

Lepas kawasan pokok lavender tadi, kita akan lalu lorong ni untuk naik ke level seterusnya.. cantik je view pokok2 kat sini

Pokok seri pagi ni memang ditanam kat lereng bukit antara lorong yang akan kita lalu..

Ni ruang untuk 'Love Chain'

Rumah labu..

Lepas lorong hijau tadi, kita akan sampai kawasan kafe..kat hujung kafe, ada ruang ni..cantik kan? Yana tu gigit jari sebab takut tinggi..ler, gayat rupanya..huhu


Lepas tu ada area hobbit ni lak... yana takde dalam gambar sebab takut gayat nak berdiri tepi pagar tu. 

Sempat lagi diorang pujuk abah belikan aiskrim strawberry kat sini..

 
 Ni area yang kat atas lagi..Ada kincir air lagi

Nampak belakang tu? hihi..ladang daisy.. boleh petik kalau nak beli. Sekuntum RM2. 

Antara pilihan yang ada..

Aku pilih 6 kuntum. Dapat beli 5, dapat free 1. 


Destinasi 3 - The Big Red Strawberry Farm

Lokasi wajib untuk bergambar

Ni gambar masa kitorang datang Cameron tahun 2013. Masa ni yana kecil lagi. I dan En Suami pun masih bersaiz agak kecil lagi..kihkih 

Cukup2 tiga..mmmm



Adik tak cukup tinggi lagi. So, berdiri kat tengah jer.

Posing lagi.. siap paksa mama ambil gambar

Layan je ler.

Celah-celah pokok salad. Kat sini, diorang akan petik pokok salad yang dah besar dan terus jual. Satu pokok RM3. 2 pokok RM5. 

Kat atas sekali ada cafe. Dalam banyak-banyak makanan, maggi yang diorang pilih... Tapi, best woo makan maggi panas2 time sejuk2 ni..hihi

Cake untuk besday boy

Tu dia...semua berkonsepkan strawberry..

Besday boy tengah makan kek... :)


Untuk destinasi ke 4 kami iaitu Ladang Teh Cameron Bharat, kami tak ambil gambar sangat sebab dah penat..huhu..



No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.