Wednesday, February 22, 2017

Tiada lagi si comel Lolen

Dalam post tahun lepas (http://af-aziey.blogspot.my/2016/09/kawan-baru-nana-dan-meera-lolen.html), aku ada story pasal Lolen, si bulus yang kami bela. Sepatutnya, bulan ni umur Lolen dah 7 bulan. Tapi, rupanya jodoh kami tak panjang dengan Lolen...


Sejak dari bulan lepas, ada sekor kucing jantan asyik nak belasah Lolen jer. Lolen lak jenis manja, memang tak melawan ler.. kadang2 tu sampai terberak Lolen kena belasah dengan kucing samseng tu. Agaknya kucing samseng tu takut Lolen rampas awek2 dia kat taman tu kot.. heee

Hari sabtu (4.2.2017), Lolen duduk dalam sangkar dia tak keluar2 dari pagi. Aku panggil pun dia buat dek jer.. Aku cuba keluarkan dia, tapi dia keraskan badan taknak keluar. Aku inform En Hubby perangai pelik Lolen. Hubby cakap maybe Lolen kurang sihat kot..Petang tu, aku panggil Lolen nak bagi makan. Tapi, tak muncul2 lak dia.. selalunya, pantang dengar suara aku panggil nama dia, laju jer dia muncul..

Ahad esoknya, tak nampak gak batang hidung dia.. Ish, Lolen ni gi cari awek ke..

Isnin, tak nampak gak kelibat Lolen. Hati ni rasa tak sedap dah. Tapi, dok fikir positif gak..maybe Lolen dah dapat awek dan tengah dating kot.

Selasa petang, tetiba aku dapat message dari En Hubby..



Huwaaaaa!!!! Rupanya, Imam surau depan rumah aku jumpa arwah Lolen dalam longkang surau masa nak solat Zohor. Dia post dalam group whatsapp muslimat taman untuk tanya sapa tuan punya kucing ni. Balik kerja, terus aku gi surau cari Imam tu. Imam cakap yang dia baru jer tanam Lolen tepi surau... huhuhuu... tak sempat mama jumpa Lolen.. huwaaaa...nangis lagi..

Sampai hari ni, terbayang-bayang kelibat Lolen. Sedih sangat bila teringat dok suap ayam goreng kat dia, dok gosok leher dia, nampak dia dok kat tingkap luar suruh mama buka tingkap sebab dia nak masuk rumah.. huhu.. Yana kalau belek gambar Lolen dalam telefon, mesti dia dok cium gambar sambil cakap kakak rindu kat Lolen..dok taip ni pun mama dah berair mata teringat Lolen..


11.7.2016 - first time Lolen muncul depan rumah aku. 7.2.2017 – Lolen kembali ke penciptaNya tinggalkan kami. 7 bulan je Lolen hadir dalam family kami. Hanya gambar-gambar Lolen je yang tinggal untuk kenangan.

Lolen, duduk diam-diam, kakak yana nak ajar Jawi ni.

Nampak Kakak Meera tidur nyenyak je, Lolen pun join sekali.. Kakak Meera tu penat balik dari program sukan sekolah. Baju sukan pun tak buka lagi, dah pengsan depan TV. 

Di mana ada kakak, kat situ ada ler adik Lolen. 

Ni baru lepas kena marah dengan Mama sebab kacau mama masak. Terus duduk tepi dinding merajuk. Tapi, mulut berbunyi gak minta ayam goreng.. Lolen oh Lolen..


Image result for icon sedih


Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.