Tuesday, March 27, 2018

Besday Amar Farouq - G2G Animal Garden dan IOI City Mall

23.3.2018

Beria mama amik cuti hari ni sempena besday anak teruna sorang ni. Babah tak dapat cuti sebab kena attend kursus kat Shah Alam.

Untuk meraikan besday boy, pagi lagi kami dah gerak ke G2G Animal Garden. Waktu operasi sepatutnya pukul 10 pagi, tapi pukul 9.45 pagi kami dah terpacak kat kaunter tiket. Terpaksa ler diorang bagi je kami masuk..hihi. Sebenarnya, ni kali kedua kitorang sampai sini. Kalau aku rajin, nnt aku buat post pasal G2G ni yer.. (kalau rajin le yer..hikhik)

 Masing-masing nak bergambar tapi silau le pulak..hihi

Besday boy nak pegang burung tapi takut kena patuk

 Dapat ler besday boy naik kuda hari ni.. hehe.

Susah sungguh nak ambil gambar diorang bertiga ni. Farouq suka sangat tunjuk gigi dia kalau suruh dia pose utk amik gambar..hmmm

Bersungguh-sungguh nak sentuh kura-kura tu juga


Lepas sejam lebih melepak kat G2G ni, kami gerak ke IOI City Mall sebab aku dah beli online tiket wayang citer Peter Rabbit. Sampai IOI City Mall, anak-anak dah bising kata lapar. So, kitorang lepak di KFC dulu untuk kenyangkan perut. Lepas kenyang, sempat jalan-jalan shopping dulu sebab time wayang kami lambat lagi.

Isi perut dulu

Bestnye kalau dapat aiskrim sebesar ni

macam-macam aksi le dua beradik ni

Pitam mama kalau masuk kedai ni.. 

Ada je aksi si farouq ni

Aksi apa tu meera?

Kami orang pertama masuk panggung..hihi

Pukul 2 petang baru ler boleh masuk wayang. Anak-anak memang enjoy tengok citer Peter Rabbit ni. Terkekeh-kekeh diorang gelak sepanjang citer ni.

Elok wayang nak habis, dapat mesej dari En Suami yang kursus dia dah habis. So, dia nak singgah IOI. Aku pun minta En Suami beli kek, kononnya untuk buat surprise buat besday boy. Jadi, En Suami pegi beli kek di Secret Recipe dan tunggu kitorang kat Restoran oOCHID di sebelah Secret Recipe tu je.

Keluar wayang, farouq terus ajak balik rumah sebab dia kata penat. Aku cakap yang Mama kena jumpa kawan Mama jap. So, dia pun follow aku yang kononnya nak gi jumpa kawan..hihi. 

Elok masuk kedai, ternganga dia tengok abah dia tengah sengih depan kek.

Muka blur lagi sebab kenapa kawan Mama tu rupa macam abah..hahaha

Abah dan anak-anak

Apasal ler bibik tak pandai nak ambil gambar ni. Sian meera muka masuk half jer..

Ni okay sket..


oOCHID..so affordable, so good.. 

first time try kedai ni. sedap gakk

Untuk besday boy, semoga Anak Mama membesar menjadi anak yang soleh.. Aminn




No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.