Wednesday, April 18, 2018

Sambut besday En Suami di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi

11.3 - Anniversary
18.3 - Besday Arianna
23.3 - Besday Amar
10.4 - Besday Ameera
.
.
.
dan akhirnya 17.4!!!!!! - Besday En Suami. 


Fuhhh...5 celebration untuk tempoh 2 bulan. Kering poket dibuatnya..huhu

Sebagai penutup celebration untuk 2 bulan ni, kita buat special ler sikit untuk besday En Suami. 

Time lunchbreak, aku gi beli flower bouquet and kek. Balik kerja, terus pecut pegi restoran untuk drop cake n flower. Banyak kisah di sebalik cerita pilih restoran ni. Mula-mula decide Manhattan Fish Market, pastu San Francisco, then Fizo Omar Kitchen. Semua x jadi atas reason tertentu, lastly aku decide try Red Card Cafe di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Lepas setel booking dan order makanan, aku balik rumah. 

Lepas solat maghrib, baru kami gerak ke restoran. Sampai je, staf cafe terus tunjuk meja untuk kami. Disebabkan aku dah order awal2, staf cafe terus hidangkan semua makanan. Anak-anak bising tanya kenapa tak perlu order? Aku cakap yang restoran ni magik boleh tahu apa favourite kita. Hahaha..diorang tak tahu yang mama diorang dah orderkan siap2 ikut favourite diorang. Amar siap cakap ' abang rasa macam restoran ni special sangat le mama'. kihkihkih

Baru nak start makan, tiba2 dalam 3 orang staf cafe berderet keluar dari dapur nyanyi lagu Selamat Hari Jadi sambil bawa kek dan bunga ke meja kitorang. Muka En Suami dah merah, surprise!!!! 
Kebetulan pula ada kawan En Suami dalam restoran tu, lagi malu le En Suami kena bahan dengan kawan dia tu.. hahaha.. 

Tq banyak2 to staf Red Card Cafe yang sporting bantu buat birthday surprise ni. Siap sediakan stand untuk letak kek tau.. terharu sungguh I tau. 

Untuk Red Card Cafe, ni review dari kami sekeluarga: 

Makanan - sedap sangat! (4.9/5) 
Harga - berbaloi dengan kualiti dan kuantiti (4.5/5)
Kebersihan - Terbaik (5/5) - anak-anak aku cerewet bab ni, jd kalau diorang kata ok tu, memang okay sangat ler tu
Dekorasi - 5/5 (kena jiwa kami sekeluarga)

Keseluruhannya, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan pengalaman pertama kali makan di sini. 

Semua happy tak sabar nak melantak

Besday boy
  
Cake dari Harold's Bread

Kek dan flower bouquet untuk En Suami. Hadiah kita bagi dalam bilik yer..hikhik



Besday My Sweet Ameera

10.4.2018

Genap umur kakak Meera 9 tahun hari ni. Tahun lepas, meera request nak bagi beg goodies kat -kawan-kawan kelas. Tahun ni dia tak nak lak, katanya dia tak suka bila ada kawan-kawan yang akan berlagak baik dengan dia semata-mata nak extra goodies...hahaha, nama pun budak-budak kan..

So, memandangkan En Suami akan outstation ke Jepun petang ni, jadi aku buat kelainan sket untuk sambut besday meera. Masa semua anak-anak kat meja makan untuk breakfast, aku dan En Suami bawa keluar kek dari dapur sambil nyanyi. Terlopong jap meera.. hahaha.. Pastu, dia tanya kenapa tak tiup kek malam ni? Terpaksa le explain kat dia yang abah dia nak gi outstation. Memandangkan besday En Suami pun beza 7 hari je dari ameera, jadi boleh celebrate skali je nanti bila En Suami balik dari outstation.

Selalunya time brekfes, meera dan yana akan pakai singlet je sebab takut baju kurung sekolah kotor. Lagipun diorang sekolah agama time pagi, jadi boleh masuk lambat sikit. Tapi, sebab nak ambil gambar, aku suruh pakai T-Shirt jap. 
Si abang lak dah siap-siap pakai baju sekolah sebab dia kena pegi sekolah lebih awal berbanding adik-adiknya. 


Semoga kakak Meera terus membesar menjadi anak dara yang solehah, kakak yang penyayang buat adik yana. Aminnn..

 Meera masa umur 7 bulan. Time ni abang amar pun bulat :)-

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.