Wednesday, April 18, 2018

Besday My Sweet Ameera

10.4.2018

Genap umur kakak Meera 9 tahun hari ni. Tahun lepas, meera request nak bagi beg goodies kat -kawan-kawan kelas. Tahun ni dia tak nak lak, katanya dia tak suka bila ada kawan-kawan yang akan berlagak baik dengan dia semata-mata nak extra goodies...hahaha, nama pun budak-budak kan..

So, memandangkan En Suami akan outstation ke Jepun petang ni, jadi aku buat kelainan sket untuk sambut besday meera. Masa semua anak-anak kat meja makan untuk breakfast, aku dan En Suami bawa keluar kek dari dapur sambil nyanyi. Terlopong jap meera.. hahaha.. Pastu, dia tanya kenapa tak tiup kek malam ni? Terpaksa le explain kat dia yang abah dia nak gi outstation. Memandangkan besday En Suami pun beza 7 hari je dari ameera, jadi boleh celebrate skali je nanti bila En Suami balik dari outstation.

Selalunya time brekfes, meera dan yana akan pakai singlet je sebab takut baju kurung sekolah kotor. Lagipun diorang sekolah agama time pagi, jadi boleh masuk lambat sikit. Tapi, sebab nak ambil gambar, aku suruh pakai T-Shirt jap. 
Si abang lak dah siap-siap pakai baju sekolah sebab dia kena pegi sekolah lebih awal berbanding adik-adiknya. 


Semoga kakak Meera terus membesar menjadi anak dara yang solehah, kakak yang penyayang buat adik yana. Aminnn..

 Meera masa umur 7 bulan. Time ni abang amar pun bulat :)-

No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.